Pas sentiasa 'segar-bugar' dan aktif walaupun tanpa keberadaan bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.
Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan, aktiviti parti itu tetap berjalan lancar seperti sebelum ini tanpa sebarang masalah.